Tidaklah orang yang memberi di waktu senang itu mendapat pahala yang lebih besar daripada orang yang menerima diwaktu susah

TEKS BAHASA ARAB

ما الذي يعطي من سعة بأعظم أجرا من الذي يقبل من حاجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah orang yang memberi di waktu senang itu mendapat pahala yang lebih besar daripada orang yang menerima diwaktu susah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 891, hadis nombor 4575. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما الذي يعطي من سعة بأعظم أجرا من الذي يقبل من حاجة)). [حل، ((الضعيفة)) (5073)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidaklah orang yang memberi di waktu senang itu mendapat pahala yang lebih besar daripada orang yang menerima diwaktu susah.”
[Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5073].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs