TEKS BAHASA ARAB
حديث: من مات وفي قلبه بغض لعلي بن أبي طالب، فليمت يهوديا أو نصرانيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang mati dalam keadaan dalam hatinya ada rasa benci terhadap Ali bin Abi Talib, maka dian akan mati dia dalam keadaan Yahudi ataupun Nasrani.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 373, hadis nombor 72. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه العقيلي عن بهز بن حكيم عن أبيه عن جده مرفوعا، وقال: في إسناده علي بن قرين كان يضع الحديث. والجارود بن يزيد. وكان يضع أيضا.وقد رواه الديلمي في مسند الفردوس من غير طريقهما.
Diriwayatkan oleh al-‘Uqaili daripada Bahz bin Hakim daripada ayahnya daripada datuknya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Pada sanadnya terdapat Ali bin Qarin yang memalsukan hadith. Serta al-Jarud bin Yazid yang juga seorang yang memalsukan hadith.
Ia diriwayatkan juga oleh al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus yang bukan dari jalan mereka berdua.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.