Nabi SAW berkata kepada Uthman : Engkau adalah pelindung aku di dunia dan di akhirat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم نهض إلى عثمان فاعتنقه ثم قال: أنت ولي في الدنيا والآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW bersegera menuju ke arah Uthman lalu memeluknya sambil berkata: Engkau adalah pelindung aku di dunia dan di akhirat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 341-342, hadis nombor 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو يعلى عن جابر مرفوعا. وفي إسناده: عبيدة بن حسان، يروى الموضوعات، وطلحة بن زيد، ولا يحتج به. قال في اللآلىء: الحديث أخرجه أبو نعيم في فضائل الصحابة، والحاكم في المستدرك، وقال: صحيح على شرط الشيخين. وتعقبه الذهبي فقال: بل ضعيف فيه طلحة بن زيد، وهو واه، عن عبيدة بن حسان، شويخ مقل.
وقد روى هذا الحديث البزار بلفظ: أخذ رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بيد عثمان، وقال: هذا جليسي في الدنيا وولي في الآخرة. وفي إسناده: خارجة ابن مصعب. قال ابن حبان: يدلس عن الكذابين، ووقع في حديثه الموضوعات. قال في اللآلىء: روى له الترمذي، وابن ماجه. وأخرج هذا الحديث الآخر: الحاكم. وقال: صحيح. وتعقبه الذهبي بأن في إسناده: القاسم بن الحكم ابن إدريس الأنصاري، وهو ضعيف. وقد رواه عبد الله بن أحمد في زوائد المسند من طريقه.

Diriwayatkan oleh Abu Ya’la daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Ubaidah bin Hasan yang meriwayatkan hadith-hadith palsu dan juga Talhah bin Zaid yang tidak boleh dijadikan hujah.
Dia berkata dalam al-Laali’: Hadith ini dikeluarkan oleh Abu Nuaim dalam Fadhail al-Sahabah dan Hakim dalam al-Mustadrak. Dia berkata: Sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim. Al-Zahabi memberikan komentar: Bahkan dhaif padanya terdapat Talhah bin Zaid dan dia adalah seorang yang lemah, daripada Ubaidah bin Hasan, seorang yang sedikit riwayatnya.
Hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Bazzar dengan lafaz: Rasulullah SAW mengambil tangan Uthman lalu berkata: Inilah temanku di dunia dan pelindungku di akhirat. Pada sanadnya terdapat Kharijah bin Mus’ab. Ibn Hibban berkata: Dia melakukan tadlis daripada para pendusta. Dalam hadithnya ada kepalsuan. Dia berkata dalam al-Laali’: Ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah. Hadith ini juga dikeluarkan oleh al-Hakim dan beliau berkata ia sahih. Namun al-Zahabi memberikan komentar bahawa pada sanadnya terdapat al-Qasim bin al-Hakam bin Idris al-Ansari, dia adalah seorang yang dhaif. Ia diriwayatkan juga oleh Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad daripada jalannya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.