Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من اغتسل يوم الجمعة بنية وحسبة كتب الله له بكل شعرة نورا يوم القيامة، ورفع له بكل قطرة درجة في الجنة من الدر والياقوت والزبرجد، بين كل درجتين مسيرة خمسمائة عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan niat, maka Allah menulis baginya dengan setiap helai rambut satu cahaya pada hari kiamat. Dan Allah mengangkat baginya dengan setiap titisan air satu darjat dalam syurga (yang diperbuat) daripada permata dur, yaqut dan zabarjad. Perjalanan antara dua darjat itu adalah 500 tahun perjalanan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 175, hadis nombor 534. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع قال ابن قيم الجوزية: هو من عمل [عمر بن صبح] الكذاب الخبيث.

Palsu. Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: Ia berasal daripada perbuatan Umar bin Subh, si kaki dusta lagi jelek.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs