TEKS BAHASA ARAB
حديث: من اغتسل من الجنابة حلالا أعطاه الله تعالى قصرا من درة بيضاء، وكتب له بكل قطرة ثواب ألف شهيد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang mandi janabah kerana persetubuhan halal, Allah SWT akan mengurniakan kepadanya istana yang diperbuat daripada permata putih dan Dia menulis untuknya bagi setiap titisan air pahala sebanyak seribu syahid.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 175, hadis nombor 533. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
باطل، قال علي قاري: وضعه دينار.
Batil, Ali Qari berkata: Ia direka oleh Dinar.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.