Sesiapa yang mandi ketika musim itu maka ia suatu nikmat

TEKS BAHASA ARAB

من جاء منكم الجمعة؛ فليغتسل. فلما كان الشتاء قلنا: يا رسول الله! أمرتنا بالغسل للجمعة، وقد جاء الشتاء ونحن نجد البرد؟ فقال: من اغتسل فبها ونعمت، ومن لم يغتسل؛ فلا حرج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa dalam kalangan kamu yang ingin datang solat Jumaat maka hendaklah dia mandi. Ketika tiba musim sejuk, kami berkata: Wahai Rasulullah! Anda telah menyuruh kami supaya mandi pada hari Jumaat sedangkan telah tiba musim sejuk dan kami merasa sejuk? Baginda bersabda: Sesiapa yang mandi ketika musim itu maka ia suatu nikmat dan sesiapa yang tidak mandi maka tidak mengapa.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1214, hadis nombor 6181. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام)
عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من جاء منكم الجمعة؛ فليغتسل. فلما كان الشتاء قلنا: يا رسول الله! أمرتنا بالغسل للجمعة، وقد جاء الشتاء ونحن نجد البرد؟ فقال: من اغتسل فبها ونعمت، ومن لم يغتسل؛ فلا حرج.
[عد، ((الضعيفة)) (5201)]

(Palsu dengan lafaz lengkap ini)
Daripada Anas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa dalam kalangan kamu yang ingin datang solat Jumaat maka hendaklah dia mandi. Ketika tiba musim sejuk, kami berkata: Wahai Rasulullah! Anda telah menyuruh kami supaya mandi pada hari Jumaat sedangkan telah tiba musim sejuk dan kami merasa sejuk? Baginda bersabda: Sesiapa yang mandi ketika musim itu maka ia suatu nikmat dan sesiapa yang tidak mandi maka tidak mengapa.
[Riwayat Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5201]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs