Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kotorannya mengalir atas mana-mana jalan orang Islam, maka dia memperolehi laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya

Teks Bahasa Arab

من سلَّ سخيمَتَهُ على طريقٍ منْ طرقِ المسلمِينَ؛ فعليهِ لعنةُ اللهِ والملائكةِ والناسِ أجمعينَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang kotorannya mengalir atas mana-mana jalan orang Islam, maka dia memperolehi laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1214, hadis no. 6182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن سيرين قال: قال رجل لأبي هريرة أفتيتنا في كل شيء؛ يوشك أن تفتينا في الخراء! فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من سل سخيمته على طريق من طرق المسلمين؛ فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين. [طص، طس، عد، ((الضعيفة)) (5151)]

(Lemah) Daripada Muhammad bin Sirin, katanya: Seorang lelaki pernah berkata kepada Abi Hurairah: Anda telah memberikan fatwa kepada kami dalam setiap perkara, hampir-hampir anda berikan fatwa kepada kami berkenaan najis. Abu Hurairah berkata: Aku pernah dengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang kotorannya mengalir atas mana-mana jalan orang Islam, maka dia memperolehi laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5151]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.