Sesiapa yang makan apa yang terjatuh daripada bekas hidangan, nescaya dia akan hidup dalam kelapangan

TEKS BAHASA ARAB

من أكل ما يسقط من المائدة؛ عاش في سعة، وعوفي من الحمق في ولده، وفي جاره، وجار جاره، ودويرات جاره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang makan apa yang terjatuh daripada bekas hidangan, nescaya dia akan hidup dalam kelapangan, diberikan kesihatan daripada kebodohan pada anaknya, juga pada jirannya, jiran kepada jirannya serta kejiranan jirannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 228, hadis nombor 1209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من أكل ما يسقط من المائدة؛ عاش في سعة، وعوفي من الحمق في ولده، وفي جاره، وجار جاره، ودويرات جاره». [ابن عساكر، «الضعيفة» (5722)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang makan apa yang terjatuh daripada bekas hidangan, nescaya dia akan hidup dalam kelapangan, diberikan kesihatan daripada kebodohan pada anaknya, juga pada jirannya, jiran kepada jirannya serta kejiranan jirannya". [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5722].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.