Sesiapa yang makan satu suap – atau baginda bersabda: satu cebis (makanan yang jatuh)

TEKS BAHASA ARAB

من أكل لقمة – أو قال: كسرة. يعني: وجدها في مجرى الغائط أو البول، فأماط الأذى عنها، وغسلها غسلا ناعما، ثم أكلها –؛ لم تستقر في بطنه حتى يغفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang makan satu suap – atau baginda bersabda: satu cebis (makanan yang jatuh), iaitu: yang dia temui di laluan tahi atau air kencing, lalu dia menghilangkan kotoran daripadanya serta membasuhnya dengan basuhan yang bersih, kemudian dia memakannya –: nescaya ia tidak akan kekal di dalam perutnya sehinggalah dia diampunkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 228, hadis nombor 1208. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن فاطمة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله ﷺ: «من أكل لقمة – أو، قال: كسرة. يعني: وجدها في مجرى الغائط أو البول، فأماط الأذى عنها، وغسلها غسلاً ناعماً، ثم أكلها –؛ لم تستقر في بطنه حتى يغفر له». [الخطيب في «الموضح»، «الضعيفة» (5724)].

(Palsu) Daripada Fatimah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang makan satu suap – atau baginda bersabda: satu cebis (makanan yang jatuh), iaitu: yang dia temui di laluan tahi atau air kencing, lalu dia menghilangkan kotoran daripadanya serta membasuhnya dengan basuhan yang bersih, kemudian dia memakannya –: nescaya ia tidak akan kekal di dalam perutnya sehinggalah dia diampunkan". [Riwayat al-Khatib dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5724].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.