Sesiapa yang keluar daripada rumahnya menuju tempat solat

TEKS BAHASA ARAB

من خرج من بيته إلى الصلاة فقال: اللهم إني أسألك بحق السائلين عليك، وأسألك بحق ممشاي هذا، فإني لم أخرج أشرا ولا بطرا…، أقبل الله عليه بوجهه، واستغفر له ألف ملك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang keluar daripada rumahnya menuju tempat solat, lalu dia mengucapkan: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dengan hak orang-orang yang meminta terhadap-Mu, aku meminta kepada-Mu dengan hak perjalanan ini, kerana sesungguhnya aku tidak keluar untuk tujuan yang jahat atau kesombongan…; Allah menghadapnya dengan wajahnya dan 1000 malaikat akan meminta keampunan untuknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1403 – 1404, hadis nombor 7115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعا: من خرج من بيته إلى الصلاة فقال: اللهم إني أسألك بحق السائلين عليك، وأسألك بحق ممشاي هذا، فإني لم أخرج أشرا ولا بطرا…، أقبل الله عليه بوجهه، واستغفر له ألف ملك.
[هـ، حم، البغوي في ((حديث علي بن الجعد))، ابن السني، ((الضعيفة)) (24)]

(Lemah)
Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang keluar daripada rumahnya menuju tempat solat, lalu dia mengucapkan: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dengan hak orang-orang yang meminta terhadap-Mu, aku meminta kepada-Mu dengan hak perjalanan ini, kerana sesungguhnya aku tidak keluar untuk tujuan yang jahat atau kesombongan…; Allah menghadapnya dengan wajahnya dan 1000 malaikat akan meminta keampunan untuknya.
[Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, Ahmad dalam al-Musnad, al-Baghawi dalam Hadith ‘Ali bin al-Ja’d dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 24]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs