TEKS BAHASA ARAB
من جمع القرآن؛ متعه الله بعقله حتى يموت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mengumpulkan al-Qur’an (dalam dadanya), Allah berikan anugerah terhadap akalnya hingga dia mati.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1403, hadis nombor 7114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: من جمع القرآن؛ متعه الله بعقله حتى يموت.
[ابن الأعرابي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (271)]
(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mengumpulkan al-Qur’an (dalam dadanya), Allah berikan anugerah terhadap akalnya hingga dia mati.
[Riwayat Ibn al-A'rabi dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 271]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.