Sesiapa yang diberikan kepadanya hadiah dan di sisinya ada sekumpulan manusia

TEKS BAHASA ARAB

من أهديت له هدية وعنده قوم؛ فهم شركاؤه فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang diberikan kepadanya hadiah dan di sisinya ada sekumpulan manusia, maka mereka itu adalah rakan kongsinya pada hadiah tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 100, hadis nombor 518. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
من أهديت له هدية وعنده قوم؛ فهم شركاؤه فيها. روي عن ابن عباس، وعائشة، والحسن بن علي -رضي الله عنهم-.
[عبد بن حميد، طب، طس، حل، خط، هق، عق، ((الضعيفة)) (5254)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās, ‘Ā’ishah, dan al-Ḥasan ibn ‘Alī RA: Sesiapa yang diberikan kepadanya hadiah dan di sisinya ada sekumpulan manusia, maka mereka itu adalah rakan kongsinya pada hadiah tersebut.
[Riwayat ‘Abd ibn Ḥumayd dalam al-Muntakhab min al-Musnad, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād, al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr dan Ibn ‘Asākir dalam al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5254]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs