TEKS BAHASA ARAB
من أقر بعين مؤمن؛ أقر الله بعينه يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang memberi kegembiraan kepada seorang Mukmin, Allah SWT akan memberi kegembiraan kepadanya pada hari kiamat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 100, hadis nombor 517. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبيد الله بن زحر عن بعض أصحابه أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: من أقر بعين مؤمن؛ أقر الله بعينه يوم القيامة.
[ابن المبارك، ((الضعيفة)) (5244)]
(Lemah)
Daripada ‘Ubaydullah ibn Zaḥr daripada sebahagian sahabat beliau bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang memberi kegembiraan kepada seorang Mukmin, Allah SWT akan memberi kegembiraan kepadanya pada hari kiamat.
[Riwayat ‘Abdullah ibn al-Mubārak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5244]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.