Sesiapa yang diberikan hadiah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أهديت له هدية ومعه قوم جلوس فهم شركاؤه فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang diberikan hadiah dalam masa yang sama, ada satu kumpulan yang sedang duduk bersamanya, maka mereka yang duduk bersama berkongsi hadiah yang diterima olehnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 212-214, hadis nombor 169. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه العقيلي في الضعفاء (ق 130/ 1) وابن الجوزي في الموضوعات (3/ 92) من طريق عبد السلام بن عبد القدوس قال: حدثني ابن جريج عن عطاء عن ابن عباس مرفوعا به.
قلت: وسنده ضعيف وله علتان:
الأولى عنعنة ابن جريج.
الثانية: ضعف عبد السلام هذا. قال العقيلي: لا يتابع على شيء من حديثه وليس ممن يقيم الحديث. قال ابن حبان (2/ 150) : شيخ يروي الموضوعات. ولكن تابعه مندل بن علي، لكنه خالفه في إسناده.
أخرجه عبد حميد كما في الفتح (5/ 227)، وأبو نعيم في الحلية (3/ 351- 352) وابن الجوزي (3/ 92) والحافظ في التغليق (3/ 362- 363) من طريق مندل بن علي، عن ابن جريج عن عمرو بن دينار عن ابن عباس مرفوعا. فصار شيخ ابن جريج: عمرو بن دينار بدلا من عطاء. قال أبو نعيم: غريب من حديث عمرو تفرد به مندل عن ابن جريج.
قلت: ومندل ضعفه أحمد وابن معين والنسائي وغيرهم. وقال الحافظ في التغليق : ضعيف جدا. وقال في التقريب و الفتح : ضعيف.
وقال البخاري في الصحيح (5/ 227) : لا يصح. وكذا قال العقيلي. وقد رواه محمد بن مسلم الطائفي، عن عمرو بن دينار، واختلف عليه فيه. فرواه محمد بن أبي السري، وأبو الأزهر عن عبد الرزاق عن الطائفي به مرفوعا. وخالفهما أحمد بن يوسف السلمي عن عبد الرزاق به موقوفا. قال الحافظ: وهو أصح يعني الموقوف. وهذه الصحة نسبية، يعني بالنظر إلى المرفوع وإلا فمحمد بن مسلم الطائفي ضعفه أحمد ومشاه غيره. وحاصل الكلام فيه أنه كان يخطئ إذا حدث من حفظه. ثم اضطرابه في الرفع والوقف يوجب عدم قبول روايته. والله أعلم.
وله شاهد من حديث عائشة رضي الله عنها.
أخرجه العقيلي (ق 225/ 1) وابن الجوزي في الموضوعات (3/ 92- 93) من طريق وضاح بن خيثمة قال: حدثنا هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة قالت: أهدي لرسول الله صلى الله عليه وسلم هدية وعنده أربعة نفر من الصحابة فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أنتم شركائي فيها إن الهدية إذا أهديت للرجل وعنده جلساؤه، فهم شركاؤه فيها. قال العقيلي: وضاح لا يتابع على حديثه هذا ولا يصح في هذا المتن حديث. وفي الفتح (5/ 227- 228) : قال ابن بطال: لو صح حديث ابن عباس لحمل على الندب فيما خف من الهدايا، وما جرت العادة بترك المشاحة فيه.
قلت: وقد عرفت أنه لم يصح شيء من هذه الأحاديث مرفوعا. وأما موقوفا فإطلاق الحافظ الصحة عليه، هو بالنسبة إلى المرفوع وهذا لا يخرجه عن حيز الضعف، ولذلك قال البخاري عن الموقوف: لا يصح. قال الحافظ في الفتح و التغليق والسياق له: وللمتن شاهد من حديث الحسن بن علي رويناه بإسناد ضعيف في مسند إسحاق بن راوية وفي الغيلانيات.

Munkar. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 130/1), dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (3/92) melalui sanad ‘Abd al-Salam bin ‘Abd al-Quddus, katanya Ibn Juraij telah menceritakan kepada saya daripada ‘Ata’ daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’ hadith tersebut.
Saya berkata: Sanadnya dha’if kerana terdapat dua kecacatan:
Pertama: Riwayat secara ‘an’anah oleh Ibn Juraij.
Kedua: ”Abd al-Salam tersebut seorang yang dha’if. Al-‘Uqaili berkata: "Tidak ada satu pun hadith beliau yang mempunyai sokongan dan beliau juga bukan termasuk perawi yang lurus hadithnya". Ibn Hibban (2/150) berkata: "Seorang Syeikh yang meriwayatkan hadith-hadith palsu". Namun, beliau telah disokong oleh Mandal bin ‘Ali, namun Mandal dalam sanadnya meriwayatkan hadith berbeza dengan ‘Abd al-Salam. Ianya telah diriwayatkan oleh ‘Abd bin Humaid sebagaimana dalam al-Fath (5/227), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah 93/351-352), Ibn al-Jawzi (3/92), dan al-Hafiz dalam al-Taghliq (3/362-363) melalui sanad Mandal bin ‘Ali daripada Ibn Juraij daripada ‘Amr bin Dinar daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’. Riwayat tersebut juga menyatakan guru Ibn Juraij adalah ‘Amr bin Dinar sebagai ganti kepada ‘Ata’. Abu Nu’aim berkata: "Gharib melalui hadith ‘Amr. Mandal bersendirian meriwayatkannya daripada Ibn Juraij".
Saya berkata: Mandal telah dinilai dha’if oleh Ahmad, Ibn Ma’in, al-Nasa’ei dan lain-lain. Al-Hafiz berkata dalam al-Taghliq: "Dha’if Jiddan". Dalam al-Taqrib dan al-Fath pula al-Hafiz berkata: "Dha’if". Al-Bukhari berkata dalam al-Sahih (5/227) "Tidak sahih". Demikian juga yang disebutkan oleh al-‘Uqaili. Muhammad bin Muslim al-Ta’ifi turut telah meriwayatkannya daripada ‘Amr bin Dinar, Cuma berlaku perbezaan kepada ‘Amr dalam sanad tersebut. Muhammad bin Abi al-Sari dan Abu al-Azhar telah meriwayatkannya daripada ‘Abd al-Razzaq daripada al-Ta’ifi secara marfu’. Ahmad bin Yusuf al-Sulami telah meriwayatkan berbeza dengan Muhammad dan Abu al-Azhar, Ahmad meriwayatkannya daripada ‘Abd al-Razzaq secara mawquf.
Al-Hafiz juga turut berkata: "Inilah yang lebih sahih", maksudnya riwayat secara mawquf. Maksud sahih disini adalah secara nisbah, ianya jika dibandingkan dengan riwayat yang marfu’. Kerana Muhammad bin Muslim al-Ta’ifi telah dinilai dha’if oleh Ahmad dan diikuti oleh orang lain. Kesimpulan perbahasan tentang status Ahmad bin Muslim adalah beliau kerap melakukan kesilapan apabila meriwayatkan hadith melalui hafalannya. Kemudian berlaku ketidaktetapan (Idhtirab) oleh beliau dalam meriwayatkan hadith secara marfu’ dan secara mawquf, menyebabkan riwayat beliau tidak boleh diterima. Wallahua’lam.
Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith ‘Aishah RA. Ianya telah diriwayatkan oleh al-‘Uqaili (hlm. 225/1), dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (3/92-93) melalui sanad Wadhdhah bin Khaithamah, katanya Hisham bin ‘Urwah telah menceritakan kepada kami daripada ayahnya daripada’ Aishah, kata beliau: Rasulullah SAW pernah diberikan suatu hadiah dan di sisi Baginda SAW ketika itu ada empat orang sahabat. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Kamu semua berkongsi denganku terhadap hadiah ini. Sesungguhnya sesuatu hadiah, apabila diberikan kepada seseorang dan dalam masa sama ada turut duduk bersamanya, maka mereka semua berkongsi terhadap hadiah tersebut".
Al-‘Uqaili berkata: "Wadhahah tidak ada sokongan bagi hadithnya ini, matan hadith ini tidak sahih". Dalam al-Fath (5/227-228) menyebutkan: "Ibn Battal berkata: Sekiranya hadith Ibn ‘Abbas sahih sekalipun, ianya menunjukkan kepada galakan bagi hadiah-hadiah yang rendah nilainya dan hadiah yang kebiasaannyaa tidak membawa kepada perbalahan (jika dikongsikan)".
Saya berkata: Anda telah ketahui bahawa tidak ada pun mana-mana hadith marfu’ yang sahih tentang ini. Adapun riwayat yang mawquf, maka al-Hafiz menyebutkan secara mutlak kesahihannya, ianya (sahih) jika dibandingkan riwayat yang marfu’. Namun, ini tidak bermakna ianya tidak keluar daripada lingkungan dha’if. Oleh kerana itulah, Ibn al-Jawzi berkata tentang riwayat yang mawquf:; "Tidak sahih". Al-Hafiz dalam al-Fath dan al-Taghliq berkata, ujarnya: "Bagi matannya ada sokongan melalui hadith al-Hasan bin ‘Ali, kami telah meriwayatkannya dengan sanad yang dha’if dalam Musnad Ishaq bin Rahawaih dan al-Ghilaniyyat".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.