TEKS BAHASA ARAB
نهى رسول الله – صلى الله عليه وسلم- عن الشهرتين: رقة الثياب وغلظها، ولينها وخشونتها، وطولها وقصرها، ولكن سداد فيما بين ذلك واقتصاد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW melarang dua perkara yang boleh menarik perhatian: Terlalu nipisnya pakaian dan tebalnya, terlalu lembutnya (pakaian) dan kerasnya, terlalu panjangnya (pakaian) dan pendeknya, tetapi (pilihlah) yang pertengahan di antara keduanya serta (pilihlah) kesederhanaan (dalam berpakaian).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1619, hadis nombor 8171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة وزيد بن ثابت – رضي الله عنهما-، قالا: ((نهى رسول الله – صلى الله عليه وسلم- عن الشهرتين: رقة الثياب وغلظها، ولينها وخشونتها، وطولها وقصرها، ولكن سداد فيما بين ذلك واقتصاد)). [هب، ((الضعيفة)) (2326)].
(Palsu)
Daripada Abu Hurairah dan Zaid Bin Thabit RA, keduanya berkata: Nabi SAW melarang dua perkara yang boleh menarik perhatian: Terlalu nipisnya pakaian dan tebalnya, terlalu lembutnya (pakaian) dan kerasnya, terlalu panjangnya (pakaian) dan pendeknya, tetapi (pilihlah) yang pertengahan di antara keduanya serta (pilihlah) kesederhanaan (dalam berpakaian)).
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2326].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.