Sesiapa yang solat pada malam 27 Rejab sebanyak 12 rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة سبع وعشرين من رجب اثنتي عشرة ركعة يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب وسورة، فإذا فرغ من صلاته قرأ فاتحة الكتاب سبع مرات وهو جالس ثم يقول سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم أربع مرات، ثم أصبح صائما حط الله عنه ذنوب ستين سنة وهي الليلة التي بعث فيها محمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada malam 27 Rejab sebanyak 12 rakaat, lalu dibaca pada setiap rakaat itu surah al-Fatihah dan satu surah. Apabila selesai daripada solat tersebut, dia membaca surah al-Fatihah sebanyak tujuh kali dalam keadaan dia duduk. Kemudian dia menyebut subhanallah walhamdulillah wa laa ilaaha illallah wala hawla wala quwwata illa billah al-aliyy al-azhim sebanyak empat kali. Kemudian dia akan bangun pada paginya dalam keadaan berpuasa, maka Allah SWT akan menggugurkan dosa-dosanya selama 60 tahun dan malam tersebut telah diutuskan Muhammad SAW.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ مِنْ رَجَبٍ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَسُورَةٍ، فَإِذَا فَرَغَ مِنْ صَلاتِهِ قَرَأَ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ سَبْعَ مَرَّاتٍ وَهُوَ جَالِسٌ ثُمَّ يَقُولُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ أَرْبَعَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ أَصْبَحَ صَائِمًا حَطَّ اللَّهُ عَنْهُ ذُنُوبَ سِتِّينَ سَنَةً وَهِيَ اللَّيْلَةُ الَّتِي بعث فِيهَا مُحَمَّد.
أَخْرَجَهُ الْحَافِظُ ابْنُ حَجَرٍ فِي تَبْيِينِ الْعَجَبِ بِسَنَدِهِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ مَوْقُوفًا وَفِى بَعْضِ النُّسَخِ مَرْفُوعا وَحكم بِوَضْعِهِ.

Hadis:
مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ مِنْ رَجَبٍ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَسُورَةٍ، فَإِذَا فَرَغَ مِنْ صَلاتِهِ قَرَأَ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ سَبْعَ مَرَّاتٍ وَهُوَ جَالِسٌ ثُمَّ يَقُولُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ أَرْبَعَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ أَصْبَحَ صَائِمًا حَطَّ اللَّهُ عَنْهُ ذُنُوبَ سِتِّينَ سَنَةً وَهِيَ اللَّيْلَةُ الَّتِي بعث فِيهَا مُحَمَّد.
“Sesiapa yang solat pada malam 27 Rejab sebanyak 12 rakaat, lalu dibaca pada setiap rakaat itu surah al-Fatihah dan satu surah. Apabila selesai daripada solat tersebut, dia membaca surah al-Fatihah sebanyak tujuh kali dalam keadaan dia duduk. Kemudian dia menyebut subhanallah walhamdulillah wa laa ilaaha illallah wala hawla wala quwwata illa billah al-aliyy al-azhim sebanyak empat kali. Kemudian dia akan bangun pada paginya dalam keadaan berpuasa, maka Allah SWT akan menggugurkan dosa-dosanya selama 60 tahun dan malam tersebut telah diutuskan Muhammad SAW.”
Riwayat ini telah dikeluarkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar di dalam Tabyin al-‘Ajab dengan sanadnya daripada Ibn Abbas secara mawquf (disandarkan kepada sahabat). Dan di dalam sebahagian naskhah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan dia menghukumnya sebagai palsu.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs