Sesiapa yang berperangai buruk daripada kalangan hamba

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرأوا في أذنيه: {أفغير دين الله يبغون…}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berperangai buruk daripada kalangan hamba, binatang tunggangan dan kanak-kanak, maka bacakanlah di kedua-dua telinganya: "Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah?" [Ali Imran: 83].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 423, hadis nombor 2280. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرأوا في أذنيه: {أفغير دين الله يبغون…}». [طس، «الضعيفة» (5601)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang berperangai buruk daripada kalangan hamba, binatang tunggangan dan kanak-kanak, maka bacakanlah di kedua-dua telinganya: "Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah?" [Ali Imran: 83]. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5601].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.