TEKS BAHASA ARAB
من قتل ضفدعا؛ فعليه شاة، محرما كان أو حلالا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang membunuh katak, maka hendaklah dia menyembelih seekor kambing, sama ada dia dalam keadaan berihram ataupun tidak.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 423, hadis nombor 2281. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جابر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من قتل ضفدعا؛ فعليه شاة، محرما كان أو حلالا». قال سفيان: يقال: إنه ليس شيء أكثر ذكرا لله منه. [عد، «الضعيفة» (5711)].
(Sangat Lemah) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Barang siapa yang membunuh katak, maka hendaklah dia menyembelih seekor kambing, sama ada dia dalam keadaan berihram ataupun tidak". Sufyan berkata: Dikatakan bahawa tidak ada yang lebih banyak berzikir kepada Allah daripada katak. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5711].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.