TEKS BAHASA ARAB
من تمنى الغلاء على أمتي ليلة أحبط الله عمله أربعين سنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang bercita-cita mahu menaikkan harga pada umatku pada satu malam, Allah akan membatalkan (pahala) amalannya selama 40 tahun.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 600, hadis nombor 3099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا : ((من تمنى الغلاء على أمتي ليلة أحبط الله عمله أربعين سنة)). [عد، خط، ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ((الضعيفة)) (1551)].
(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesiapa yang bercita-cita mahu menaikkan harga pada umatku pada satu malam, Allah akan membatalkan amalannya selama 40 tahun.))
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1551].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.