TEKS BAHASA ARAB
من رضي بالقليل من الرزق رضي الله منه بالقليل من العمل، وانتظار الفرج من الله عبادة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang redha dengan rezeki yang sedikit, Allah akan redha dengan amalnya yang sedikit, dan menunggu khabar gembira dari Allah (yakni terangkat musibahnya) adalah suatu ibadah
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 600, hadis nombor 3100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من رضي بالقليل من الرزق رضي الله منه بالقليل من العمل، وانتظار الفرج من الله عبادة)). [الأزدي في ((حديثه))، ((الضعيفة)) 1925)].
(Sangat lemah)
Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesiapa yang redha dengan rezeki yang sedikit, Allah akan redha dengan amalnya yang sedikit, dan menunggu khabar gembira dari Allah (yakni terangkat musibahnya) adalah suatu ibadah)).
[Riwayat Al-Azdi dalam Hadis beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1925].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.