Sesiapa yang bermain catur,maka dia telah mendekati syirik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مَنْ لَعِبَ بِالشَّطَرَنْجِ فَقَدْ قَارَفَ شِرْكًا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bermain catur, maka dia telah mendekati syirik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 207, hadis nombor 30. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي إِسْنَادِهِ: كَذَّابٌ وَلَمْ يثبت في هذا الباب شي.

Pada sanadnya ada perawi pendusta, tidak ada satu hadith pun yang sahih dalam bab ini.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.