TEKS BAHASA ARAB
مَنْ مَلأَ عَيْنَهُ مِنَ الْحَرَامِ مَلأَ اللَّهُ عَيْنَهُ مِنْ جَمْرِ جهنم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang memenuhkan matanya dengan melihat perkara yang haram, maka Allah SWT akan memenuhkan matanya dengan batu daripada api neraka Jahanam.
STATUS
Tiada Asal
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 206, hadis nombor 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا أصل له.
Tiada asal baginya
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.