Sesiapa yang berkata berkenaan Islam dengan syair yang keji, maka lidahnya itu tiada perlindungan (di sisi undang-undang)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال في الإسلام شعراً مقذعاً فلسانه هدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berkata berkenaan Islam dengan syair yang keji, maka lidahnya itu tiada perlindungan (di sisi undang-undang).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 134, hadis nombor 674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بريدة رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ من قال في الإسلام شعراً مقذعاً فلسانه هدر. [البزار، الضعيفة (6307)].

(Lemah) Daripada Buraidah RA secara marfū‘: Sesiapa yang berkata berkenaan Islam dengan syair yang keji, maka lidahnya itu tiada perlindungan (di sisi undang-undang). [Diriwayatkan oleh al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6307)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.