TEKS BAHASA ARAB
من قرأ القرآن فهو غني لا فقر بعده والأمانة غنى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang membaca al-Quran, maka dia seorang yang kaya dan tidak ada kefakiran selepas itu. Sifat amanah itu ialah satu kekayaan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 135, hadis nombor 675. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن قال: قال رسول اللہ ﷺ: من قرأ القرآن؛ فهو غني لا فقر بعده والأمانة غنى. [من، الضعيفة (6460)].
(Lemah) Daripada al-Ḥasan RA telah berkata: Sesiapa yang membaca al-Quran, maka dia seorang yang kaya dan tidak ada kefakiran selepas itu. Sifat amanah itu ialah satu kekayaan. [Diriwayatkan oleh Sa‘īd ibn Manṣūr dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6460)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.