TEKS BAHASA ARAB
من كان يؤمن بالله ورسوله؛ فليؤد زكاة ماله، ومن كان يؤمن بالله ورسوله؛ فليقل حقا أو ليسكت، ومن كان يؤمن بالله ورسوله؛ فليكرم ضيفه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya maka tunaikanlah zakat hartanya, sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sebutkanlah yang benar atau dia (sepatutnya) berdiam diri, sesiapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, maka muliakanlah tetamunya.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 893, hadis nombor 4581. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنه- يقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من كان يؤمن بالله ورسوله؛ فليؤد زكاة ماله، ومن كان يؤمن بالله ورسوله؛ فليقل حقا أو ليسكت، ومن كان يؤمن بالله ورسوله؛ فليكرم ضيفه)). [طب، ((الضعيفة)) (5288)].
(Sangat lemah)
Daripada Ibn Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya maka tunaikanlah zakat hartanya, sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sebutkanlah yang benar atau dia (sepatutnya) berdiam diri, sesiapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, maka muliakanlah tetamunya.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5288].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.