Orang yang berusaha demi keluarganya mendapat darjat seperti para syuhada

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من سعى على امرأته وولده وما ملكت يمينه، يقيم فيهم أمر الله، ويطعمهم من حلال؛ كان حقا على الله أن يجعله مع الشهداء في درجاتهم…

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berusaha untuk isteri dan anaknya serta hamba yang dia miliki, dan melaksanakan arahan Allah kepada mereka, dan memberi makan kepada mereka dari yang halal, maka Allah berhak menjadikan mereka dalam golongan para syuhada pada darjat mereka.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 892 – 893, hadis nombor 4580. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أبي كاهل رفعه في حديث طويل؛ هذا قطعة منه: ((من سعى على امرأته وولده وما ملكت يمينه، يقيم فيهم أمر الله، ويطعمهم من حلال؛ كان حقا على الله أن يجعله مع الشهداء في درجاتهم..)) [عق، ((الضعيفة)) (5417)].

(Batil)
Daripada Abu Kahil dalam hadis yang panjang secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan ini adalah keratan darinya: “Sesiapa yang berusaha untuk isteri dan anaknya serta hamba yang dia miliki, dan melaksanakan arahan Allah kepada mereka, dan memberi makan kepada mereka dari yang halal, maka Allah berhak menjadikan mereka dalam golongan para syuhada pada darjat mereka.”
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu'afa' al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5417].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.