Sesiapa yang berhadas kemudian dia tidak berwuduk, maka dia telah menyakiti aku

TEKS BAHASA ARAB

من أحدث ولم يتوضأ فقد جفاني، ومن توضأ ولم يصل فقد جفاني، ومن صلى ولم يدعني فقد جفاني، ومن دعاني فلم أجبه فقد جفيته، ولست برب جاف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berhadas tetapi dia tidak berwuduk, maka dia telah mengabaikan Aku. Sesiapa yang berwuduk tetapi dia tidak solat, maka dia telah mengabaikan Aku. Sesiapa yang bersolat tetapi dia tidak berdoa kepada-Ku, maka dia telah mengabaikan Aku. Manakala sesiapa yang berdoa kepada Aku tetapi Aku tidak mengabulkan doanya, maka Aku telah mengabaikannya. Sedangkan Aku bukanlah Tuhan yang bersifat pengabai.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1189, hadis nombor 6025. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) «من أحدث ولم يتوضأ فقد جفاني، ومن توضأ ولم يصل فقد جفاني، ومن صلى ولم يدعني فقد جفاني، ومن دعاني فلم أجبه فقد جفيته، ولست برب جاف». [أورده الصغاني في ((موضوعاته))، ((الضعيفة)) (44)]

(Palsu) Sesiapa yang berhadas tetapi dia tidak berwuduk, maka dia telah mengabaikan Aku. Sesiapa yang berwuduk tetapi dia tidak solat, maka dia telah mengabaikan Aku. Sesiapa yang bersolat tetapi dia tidak berdoa kepada-Ku, maka dia telah mengabaikan Aku. Manakala sesiapa yang berdoa kepada Aku tetapi Aku tidak mengabulkan doanya, maka Aku telah mengabaikannya. Sedangkan Aku bukanlah Tuhan yang bersifat pengabai. [Al-Saghani dalam al-Maudu'at. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no:44]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs