Jangan ambil sebarang manfaat pun daripada bangkai

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تنتفعوا من الميتة بشيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan ambil sebarang manfaat pun daripada bangkai.

STATUS

Lemah [Ditarikbalik]

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1189, hadis nombor 6023. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه-، مرفوعا: «لا تنتفعوا من الميتة بشيء». [ابن وهاب، الطحاوي، ((الضعيفة)) (118)].

(Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jangan ambil sebarang manfaat pun daripada bangkai. [Riwayat Ibnu Wahab dan al-Tahawi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no: 118]

CATATAN

Menurut Syeikh Mashhur (lihat notakaki hal. 1189), Syeikh al-Albani telah menarik balik penilaian lemah terhadap hadis ini, rujuk Silsilah al-Sahihah, no. 3133.

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.