Sesiapa yang berdusta ke atas Allah dengan sesuatu pendustaan,maka dia akan dibunuh dan tidak diberi peluang untuk bertaubat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من افترى على الله عز وجل كذبا: قتل ولا يستتاب، ومن سبني: قتل ولا يستتاب، ومن سب أبا بكر وعمر: قتل ولا يستتاب. ومن سب عثمان: جلد الحد، ومن سب عليا: جلد الحد. قال: لأن الله خلقني وخلقهما من تربة واحدة، وفيها ندفن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berdusta ke atas Allah dengan sesuatu pendustaan, maka dia akan dibunuh dan tidak diberi peluang untuk bertaubat. Sesiapa yang mencaciku, maka dia akan dibunuh dan tidak diberi peluang untuk bertaubat. Sesiapa yang mencaci Abu Bakar dan Umar, maka dia akan dibunuh dan tidak diberi peluang untuk bertaubat. Sesiapa yang mencaci Uthman, maka dia akan dikenakan sebatan hudud. Sesiapa yang mencaci Ali, dia juga akan dikenakan sebatan hudud. Baginda bersabda: Ini kerana Allah menciptakanku dan mereka berdua daripada tanah yang sama dan dengan tanah yang sama kami akan ditanam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 339, hadis nombor 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا، وهو موضوع. قال ابن عدي: البلاء من يعقوب بن الجهم. قال في الميزان: هذا موضوع. وقد ذكر في اللآلىء طرقا له. وله: ما من مولود يولد إلا وفي سرته من تربته التي خلق منها. فإذا رد إلى أرذل العمر رد، إلى تربته التي خلق منها حتى يدفن فيها.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), ia palsu.
Ibn Adi berkata: Bala (masalah bagi hadith ini) datangnya daripada Ya’qub bin al-Jahm. Dia berkata dalam al-Mizan: Ini palsu. Disebutkan dalam al-Laali’ beberapa jalur baginya. Antaranya ialah hadith: “Tidak ada manusia yang dilahirkan kecuali pada pusatnya ada tanah yang daripadanya dia diciptakan. Ketika dikembalikan ke peringkat umur yang lemah (tua), dia akan dikembalikan kepada tanah yang daripadanya dia diciptakan sehinggalah dia ditanam di dalamnya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.