Baginda bersabda kepada Abu Bakar dan Umar: Kamu berdua adalah menteriku di dunia dan akhirat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنه آخى النبي صلى الله عليه وآله وسلم بين كتفي أبي بكر وعمر . فقال لهما: أنتما وزيراي في الدنيا والآخرة، ما مثلي ومثلكما في الجنة إلا كمثل طائر يطير في الجنة. فأنا جؤجؤ الطائر، وأنتما جناحاه، وأنا وأنتما نسرح في الجنة، وأنا وأنتما نزور رب العالمين، وأنا وأنتما نقعد في مجالس الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW mempersaudarakan di antara Abu Bakar dan Umar. Baginda bersabda kepada mereka berdua: Kamu berdua adalah menteriku di dunia dan akhirat. Aku dan kamu berdua ibarat burung yang terbang di syurga. Aku adalah dada burung dan kamu berdua adalah sayapnya, kita terbang di syurga dan menziarahi Tuhan semesta alam. Kita duduk di dalam majlis-majlis dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 338, hadis nombor 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن أنس مرفوعا، وهو موضوع.

Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.