Seseorang yang menunaikan solat tamam (secara sempurna tanpa qasr) semasa permusafiran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

المتم للصلاه في السفر كالمفطر في الحضر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang yang menunaikan solat tamam (secara sempurna tanpa qasr) semasa permusafiran adalah sama seperti seorang yang berbuka semasa dia tidak bermusafir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 277, hadis nombor 1439. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، رفعه: ((المتم للصلاة في السفر كالمفطر في الحضر)).
[عق، ((الضعيفة)) (3099)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seseorang yang menunaikan solat tamam (secara sempurna tanpa qasr) semasa permusafiran adalah sama seperti seorang yang berbuka semasa dia tidak bermusafir.
[Riwayat al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh Al-’Uqaili. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3099]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.