Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المشَّاؤُون إلى المساجدِ في الظُّلمِ أولئكَ الخوَّاضونَ في رحمةِ اللهِ عز وجل.
Teks Bahasa Melayu
Golongan yang berjalan kaki menuju ke masjid dalam kegelapan malam merupakan golongan yang akan dimasukkan dalam rahmat Allah Azza wa Jalla.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 277, hadis no. 1440. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Abu Hurairah ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Golongan yang berjalan kaki menuju ke masjid dalam kegelapan malam merupakan golongan yang akan dimasukkan dalam rahmat Allah Azza wa Jalla. [Riwayat Sunan Ibn Majah, al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3059]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman