Seseorang hamba itu mempunyai keselesaan dalam agamanya selagi mana dia tidak meminum arak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لن يزال العبد في فسحة من دينه ما لم يشرب الخمر؛ فإذا شربها؛ خرق الله عنه ستره، وكان الشيطان وليه وسمعه وبصره ورجله يسوقه إلى كل شر، ويصرفه عن كل خير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang hamba itu mempunyai keselesaan dalam agamanya selagi mana dia tidak meminum arak, jika dia meminumnya, Allah akan mengoyak tabirnya, syaitan akan menjadi penjaganya serta pendengaran, penglihatan serta kakinya membawanya kepada kejahatan, dan menjauhkan dia dari segala kebaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 808, hadis nombor 4162. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن قتادة بن عائش الجرشي –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((لن يزال العبد في فسحة من دينه ما لم يشرب الخمر؛ فإذا شربها؛ خرق الله عنه ستره، وكان الشيطان وليه وسمعه وبصره ورجله يسوقه إلى كل شر، ويصرفه عن كل خير)).
[طب، ((الضعيفة)) (5941)].

(Lemah) Daripada Qatadah bin Aisy al-Jurasyi RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seseorang hamba itu mempunyai keselesaan dalam agamanya selagi mana dia tidak meminum arak, jika dia meminumnya, Allah akan mengoyak tabirnya, syaitan akan menjadi penjaganya serta pendengaran, penglihatan serta kakinya membawanya kepada kejahatan, dan menjauhkan dia dari segala kebaikan.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5941]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.