Tidak ada sesiapa pun yang menghidupkan bumi, lalu makhluk hidup minum darinya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من امرئ يحيي أرضا، فيشرب منه كبد حرى، أو يصيب منه عافية؛ إلا كتب الله له به أجرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada sesiapa pun yang menghidupkan bumi, lalu makhluk hidup minum darinya atau pencari rezeki makan darinya melainkan Allah akan memberikannya ganjaran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 808, hadis nombor 4163. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة –رضي الله عنها-، قالت:قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ما من امرئ يحيي أرضا، فيشرب منه كبد حرى، أو يصيب منه عافية؛ إلا كتب الله له به أجرا)).
[طب، ((الضعيفة)) (5950)].

(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada sesiapa pun yang menghidupkan bumi, lalu makhluk hidup minum darinya atau pencari rezeki makan darinya melainkan Allah akan memberikannya ganjaran.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5950]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.