Jaga sahabat ayahmu, jangan kamu putuskannya kerana nanti Allah akan memadamkan cahayamu

TEKS BAHASA ARAB

احفظ ود أبيك، لا تقطعه، فيطفىء الله نورك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jaga sahabat ayahmu, jangan kamu putuskannya kerana nanti Allah akan memadamkan cahayamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 30, hadis nombor 103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مر أعرابي في سفر، فكان أبو الأعرابي صديقا لعمر رضي الله عنه، فقال للأعرابي : ألست ابن فلان؟ قال: بلى، فأمر له ابن عمر بحمار كان يستعقب، ونزع عمامته عن رأسه، فأعطاه، فقال بعض من معه: أما يكفيه درهمان؟ فقال : قال النبي صلى الله عليه وسلم: ((احفظ ود أبيك، لا تقطعه، فيطفىء الله نورك)).
[خد، طس، ((الضعيفة)) (2089)].

(Lemah)
Daripada Ibn Umar R.A: Seorang badwi berjalan dalam musafir, bapa badwi itu dulu merupakan kawan bagi Umar R.A. Beliau berkata kepada badwi itu: Bukankah kamu anak kepada si polan? Dia menjawab: Ya. Lalu Ibn Umar memerintahkan agar dia menaiki keldai yang Ibn Umar bawa (untuk berehat). Beliau menanggalkan serban daripada kepalanya dan memberikan kepadanya. Sebahagian daripada orang yang ada bersamanya bertanya: Bukankah cukup bagi hanya dua dirham? Ibn Umar menjawab: Rasulullah SAW bersabda: Jaga sahabat ayahmu, jangan kamu putuskannya kerana nanti Allah akan memadamkan cahayamu.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2089]


RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.