Peliharalah apa yang berada antara dua janggut kamu (iaitu mulut)

TEKS BAHASA ARAB

احفظ ما بين لحييك وبين رجليك. قال: فوليت وأنا أقول : حسبي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Peliharalah apa yang berada antara dua janggut kamu (iaitu mulut) dan apa yang berada antara dua kaki kamu (iaitu kemaluan). Baginda berkata : Kamu ingin beredar ? Lalu aku berkata : Cukuplah buat aku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 30, hadis nombor 102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ)
عن صعصعة بن ناجية أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال له : ((احفظ ما بين لحييك وبين رجليك)). قال: فوليت وأنا أقول: حسبي.
[الضياء، ((الضعيفة)) (2102)].

(Lemah dengan lafaz ini) Daripada So’so’ah bin Najiyah, dia menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W berkata kepadanya: Maksudnya : Peliharalah apa yang berada antara dua janggut kamu (iaitu mulut) dan apa yang berada antara dua kaki kamu (iaitu kemaluan). Baginda berkata : Kamu ingin beredar? Lalu aku berkata : Cukuplah buat aku.
[Riwayat al-Dhiya’. Lihat Silsilah Al-Da’ifah, no. 2102]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs