Seorang yang alim apabila menghendaki dengan ilmunya keredaan Allah

TEKS BAHASA ARAB

العالم إذا أراد بعلمه وجه الله، هابه كل شيء، وإذا أراد أن يكثر به الكنوز، هاب من كل شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang yang alim apabila menghendaki dengan ilmunya keredaan Allah, maka semua perkara takut padanya dan sekiranya dia menghendaki untuk memperbanyak hartanya, maka dia takut pada semua perkara.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2019, hadis nombor 10148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: العالم إذا أراد بعلمه وجه الله، هابه كل شيء، وإذا أراد أن يكثر به الكنوز، هاب من كل شيء.
[فر، ((الضعيفة)) (3928)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang yang alim apabila menghendaki dengan ilmunya keredaan Allah, maka semua perkara takut padanya dan sekiranya dia menghendaki untuk memperbanyak hartanya, maka dia takut pada semua perkara.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3928]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs