Semua talak adalah harus

TEKS BAHASA ARAB

كل طلاق جائز إلا طلاق المعتوه والمغلوب على عقله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semua talak adalah harus, kecuali talak orang yang bodoh dan orang yang hilang akalnya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 67, hadis nombor 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا.
أخرجه الترمذي (1191) وابن عدي (2003/ 5) من طريق عطاء بن عجلان عن عكرمة بن خالد المخزومي عن أبي هريرة فذكره مرفوعا:. قال الترمذي: هذا حديث لا نعرفه مرفوعا إلا من حديث عطاء بن عجلان وعطاء بن عجلان ضعيف ذاهب الحديث.
قلت: بل كذبه ابن معين وعمرو بن علي والجوزجاني والفلاس. وتركه أبو حاتم وعلي وعلي بن الجنيد والأزدي والدارقطني. وقال البخاري وأبو حاتم والساجي: منكر الحديث. والكلام فيه طويل ولكن أرى أنه لم يكن يتعمد الكذب، ولكنه كما قال ابن حبان كان يتلقن كلما لقن ويجب فيما يسئل حتى صار يروي الموضوعات عن الثقات. والله أعلم. والحديث ضعفه الحافظ في الفتح (9/ 393).

Dha’if Jiddan (Sangat lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Tirmizi (1191) dan Ibn ‘Adi (5/2003) melalui sanad ‘Ata’ bin ‘Ajlan daripada ‘Ikrimah bin Khalid al-Makhzumi daripada Abu Hurairah, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Al-Tirmizi berkata: "Ini adalah hadith yang tidak kami ketahuinya secara marfu’ melainkan melalui hadith ‘Ata’ bin ‘Ajlan. ‘Ata’ bin ‘Ajlan pula seorang yang dha’if lagi Zahib al-Hadith".
Saya berkata: Bahkan, Ibn Ma’in, ‘Amr bin ‘Ali, al-Jawzajani dan al-Fallas menganggap beliau sebagai pendusta. Abu Hatim, ‘Ali, ‘Ali bin al-Junaid, al-Azdi dan al-Daraqutni telah meninggalkan riwayat beliau. Al-Bukhari, Abu Hatim dan al-Saji berkata: "Munkar al-Hadith". Perbahasan tentang beliau adalah panjang. Namun, saya melihat bahawa beliau tidak sengaja melakukan pendustaan. Sebaliknya – sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Hibban – beliau diajar mengakui bahawa hadith tersebut adalah riwayat beliau, setiap kali diajarkan beliau mengakuinya hingga beliau meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi yang thiqah. Wallahua’lam. Hadith tersebut telah dinilai dha’if oleh al-Hafiz dalam al-Fath (9/393).

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.