Semasa turun ayat: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat,”

TEKS BAHASA ARAB

لما نزلت: (وأنذر عشيرتك الأقربين) دعاني رسول الله ﷺ فقال لي: ((يا علي! ان الله أمرني أن أنذر عشيرتي الأقربين, فضقت بذلك ذرعا, وعرفت أني متى أناديهم بهذا الأمر أرى منهم ما أكره, فصمت عليها حتى جاءني جبريل فقال: يا محمد! انك ان لم تفعل ما تؤمر به سيعذبك ربك! فاصنع لنا صاعا من طعام, واجعل عليه رجل شاة, واملأ لنا عسا من لبن واجمع لي بني عبدالمطلب حتى أبلغهم)). فصنع لهم الطعام وهم يومئذ أربعون رجلا, يزيدون رجلا أو ينقصون, فيهم أعمامه: أبو طالب و حمزة والعباس وأبو لهب وحضروا فاكلوا وشبعوا، وبقي الطعام. قال: ثم تكلم رسول الله فقال ((يا بني عبد المطلب! إني -والله- ما اعلم شابا من العرب جاء قومه بافضل مما جئتكم به، اني قد جئتكم بخير الدنيا والاخرة, وان ربي امرني ان ادعوكم فأيكم يؤازرني على هذا الامر على ان يكون اخي ووصيي وخليفتي فيكم؟ فأحجم القوم عنها جميعا، واني لأحدثهم سنا. فقلت: انا يا نبي الله! اكون وزيرك عليه فاخذ برقبتي ثم قال: ((هذا اخي ووصيي وخليفتي فيكم فاسمعوا له واطيعوا)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semasa turun ayat: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat,” Rasulullah SAW memanggilku dan berkata kepadaku: “Wahai Ali, Allah menyuruh aku untuk memberi peringatan kepada kerabat-kerabatku yang terdekat. Aku terasa sukar untuk melaksanakannya. Aku tahu apabila aku menyeru mereka dengan suruhan ini, mereka akan berasa tidak senang. Aku berdiam diri (tidak menyahut perintah itu) sehinggalah Jibril datang kepadaku dan berkata: "Wahai Muhammad! Jika kau tidak melaksanakan apa yang disuruh Allah, maka Dia akan mengazabmu! Maka buatlah untuk kami segantang makanan dan letakkan padanya kaki kambing serta isilah susu di dalam cawan dan kumpulkanlah kaum kerabat Abdul Mutalib sehingga aku menyampaikan kepada mereka (peringatan itu)." Maka dibuatkan untuk mereka. Pada hari itu ada lebih kurang 40 orang lelaki. Antarannya ialah bapa saudara baginda iaitu Abu Talib, Hamzah, Abbas dan Abu Lahab. Mereka datang. Mereka juga makan setelah itu mereka berasa kenyang tetapi masih ada baki makanan. Dia berkata: kemudian Rasulullah pun berucap dan mengatakan: Wahai bani Abdul Mutalib! Sesungguhnya aku -Demi Allah- , aku tidak mengenali pemuda Arab yang memberi kepada kaumnya (kerabatnya) sesuatu yang lebih baik daripada apa yang aku berikan kepada kalian. Sesungguhnya kedatangan aku kepada kamu semua adalah untuk kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Tuhanku memerintahkan untuk menyeru kamu semua. Maka siapakah antara kalian yang menyokong aku untuk melakukan perintah ini dan menjadi saudaraku, penjagaku dan penggantiku? Mereka menolak semua perkara tersebut dan aku adalah yang paling muda antara mereka. Aku pun berkata: “Aku wahai nabi Allah! Aku akan menjadi pembantu kamu." Baginda lalu memegang leherku kemudian baginda bersabda: Ini ialah saudaraku, penjagaku, dan penggantiku dalam kalangan kalian maka kamu semua dengarlah dan taatlah dia."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1878, hadis nombor 9468. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب –رضي الله عنه- قال: لما نزلت: (وأنذر عشيرتك الأقربين) دعاني رسول الله ﷺ فقال لي: ((يا علي! إن الله أمرني أن أنذر عشيرتي الأقربين، فضقت بذلك ذرعا، وعرفت أني متى أناديهم بهذا الأمر أرى منهم ما أكره، فصمت عليها حتى جاءني جبريل، فقال: يا محمد! إنك ان لم تفعل ما تؤمر به سيعذبك ربك! فاصنع لنا صاعا من طعام، واجعل عليه رجل شاة، واملأ لنا عسا من لبن واجمع لي بني عبد المطلب حتى أبلغهم)). فصنع لهم الطعام وهم يومئذ أربعون رجلا، يزيدون رجلا أو ينقصون، فيهم أعمامه: أبو طالب و حمزة والعباس وأبو لهب وحضروا فأكلوا وشبعوا، وبقي الطعام. قال: ثم تكلم رسول الله فقال ((يا بني عبد المطلب! إني -والله- ما اعلم شابا من العرب جاء قومه بافضل مما جئتكم به، اني قد جئتكم بخير الدنيا والاخرة، وإن ربي أمرني أن أدعوكم فأيكم يؤازرني على هذا الأمر على أن يكون أخي ووصيي وخليفتي فيكم؟ فأحجم القوم عنها جميعا، واني لأحدثهم سنا. فقلت: أنا يا نبي الله! أكون وزيرك عليه فآخذ برقبتي ثم قال: ((هذا أخي ووصيي وخليفتي فيكم فاسمعوا له وأطيعوا)). [ابن جرير، البزار، أبو نعيم في (الدلائل)، ابن عساكر (الضعيفة) (4932)]

(Palsu) Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA berkata: Semasa turun ayat: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat,” Rasulullah SAW memanggilku dan berkata kepadaku: “Wahai Ali, Allah menyuruh aku untuk memberi peringatan kepada kerabat-kerabatku yang terdekat. Aku terasa sukar untuk melaksanakannya. Aku tahu apabila aku menyeru mereka dengan suruhan ini, mereka akan berasa tidak senang. Aku berdiam diri (tidak menyahut perintah itu) sehinggalah Jibril datang kepadaku dan berkata: "Wahai Muhammad! Jika kau tidak melaksanakan apa yang disuruh Allah, maka Dia akan mengazabmu! Maka buatlah untuk kami segantang makanan dan letakkan padanya kaki kambing serta isilah susu di dalam cawan dan kumpulkanlah kaum kerabat Abdul Mutalib sehingga aku menyampaikan kepada mereka (peringatan itu)." Maka dibuatkan untuk mereka. Pada hari itu ada lebih kurang 40 orang lelaki. Antarannya ialah bapa saudara baginda iaitu Abu Talib, Hamzah, Abbas dan Abu Lahab. Mereka datang. Mereka juga makan setelah itu mereka berasa kenyang tetapi masih ada baki makanan. Dia berkata: kemudian Rasulullah pun berucap dan mengatakan: Wahai bani Abdul Mutalib! Sesungguhnya aku -Demi Allah- , aku tidak mengenali pemuda Arab yang memberi kepada kaumnya (kerabatnya) sesuatu yang lebih baik daripada apa yang aku berikan kepada kalian. Sesungguhnya kedatangan aku kepada kamu semua adalah untuk kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Tuhanku memerintahkan untuk menyeru kamu semua. Maka siapakah antara kalian yang menyokong aku untuk melakukan perintah ini dan menjadi saudaraku, penjagaku dan penggantiku? Mereka menolak semua perkara tersebut dan aku adalah yang paling muda antara mereka. Aku pun berkata: “Aku wahai nabi Allah! Aku akan menjadi pembantu kamu." Baginda lalu memegang leherku kemudian baginda bersabda: Ini ialah saudaraku, penjagaku, dan penggantiku dalam kalangan kalian maka kamu semua dengarlah dan taatlah dia." [Riwayat Ibn Jarir, al-Bazzar, Abu Nu’aym dalam al-Dalail dan Ibn ‘Asakir. Lihar Silsilah al-Daifah, no. 4932]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs