Talak adalah cara sumpah orang-orang fasiq

TEKS BAHASA ARAB

الطلاق يمين الفساق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Talak adalah cara sumpah orang-orang fasiq.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 54, hadis nombor 215. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

وقع في عدة من كتب المالكية، جازمين بعزوه إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ بلفظ: (لا تحلفوا بالطلاق، ولا بالعتاق؛ فإنهما من أيمان الفساق).
ونازع السخاوي في وروده، فضلا عن ثبوته. قال: ولم أقف عليه، وأظنه مدرج. فأوله وارد دونه.
قال الجد: أخرج ابن عساكر عن أنس، حديث: (ماحلف بالطلاق مؤمن، وما استحلف به إلا منافق).

Terdapat dalam beberapa kitab mazhab Malik yang secara pasti menyandarkannya kepada Nabi SAW dengan lafaz: “Janganlah kamu bersumpah dengan talak dan juga jangan dengan memerdekakan hamba kerana sesungguhnya keduanya itu termasuk sumpah-sumpah orang-orang fasiq”. Al-Sakhawi membangkang kemasukan hadith tersebut, lebih-lebih lagi tentang thabitnya hadith tersebut, katanya: “Saya tidak menemuinya, saya mengira ianya mudraj, bahagian awal hadith itu warid tanpanya”. Al-Jadd berkata: “Ibn ‘Asakir telah mengeluarkannya daripada Anas, hadith: “Seseorang mukmin tidak akan bersumpah dengan talak dan tidaklah bersumpah dengannya kecuali orang munafiq”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs