TEKS BAHASA ARAB
طول اللحية دليل [قلة] العقل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Panjang janggut adalah bukti kepada (rendahnya) akal.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 55, hadis nombor 217. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
لايعرف بهذا. وعند الديلمي حديث عمرو بن العاص: (اعتبروا عقل الرجل في ثلاث: في طول الحيته، وكنيته، ونقش خاتمة) وهو: واه.
Tidak diketahui dengan lafaz ini. Terdapat dalam riwayat al-Dailami hadith ‘Amr bin al-‘As: “Ambil kiralah tahap akal seseorang lelaki itu pada tiga perkara; iaitu pada panjang janggutnya, kunyahnya dan ukiran cincinnya”. Ianya hadith yang sangat lemah.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.