Sekiranya dunia seluruhnya adalah darah yang pekat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: لو كانت الدنيا دما عبيطا – أي طريا – لكان قوت المؤمن منها حلالا . وفي لفظ : لكان نصيب المؤمن حلالا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sekiranya dunia seluruhnya adalah darah yang pekat, sudah tentu makanan orang mukmin daripadanya tetap halal”.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 153, hadis nombor 450. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: لَو كَانَت الدُّنْيَا دَمًا عبيطا – أَي طريا – لَكَانَ قوت الْمُؤمن حَلَالا. وَفِي لفظ: نصيب الْمُؤمن حَلَالا.
قَالَ الزَّرْكَشِيّ: لَا أصل لَهُ.

Hadith: “Sekiranya dunia seluruhnya adalah darah yang pekat, sudah tentu makanan ruji orang mukmin daripadanya tetap halal”. Dalam riwayat lain: Bahagian mukmin daripadanya adalah halal.
al-Zarkasyi berkata: Tiada asal baginya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.