TEKS BAHASA ARAB
حديث: لو علم الله في الخصيان خيرا لأخرج من أصلابهم ذرية توحد الله تعالى ولكنه تعالى علم أنه لا خير فيهم فأجبهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Sekiranya Allah mengetahui pada orang-orang yang dikasi itu ada kebaikan, nescaya Allah akan mengeluarkan zuriat daripada sulbi mereka yang mentauhidkan Allah, namun Allah Maha Mengetahui bahawa tiada kebaikan pada mereka.”
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 153, hadis nombor 449. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: لَو علم الله فِي الخصيان خيرا لأخرج من أصلابهم ذُرِّيَّة توَحد الله تَعَالَى، وَلكنه تَعَالَى علم أَنه لَا خير فيهم. مَوْضُوع بل قَالَ ابْن قيم الجوزية. وَأقرهُ عَليّ قاري: كل مَا ورد فيهم من مدح وقدح بَاطِل.
Hadith: “Sekiranya Allah mengetahui pada orang-orang yang dikasi itu ada kebaikan, nescaya Allah akan mengeluarkan zuriat daripada sulbi mereka yang mentauhidkan Allah, namun Allah Maha Mengetahui bahawa tiada kebaikan pada mereka.”
Palsu, malah Ibn al-Qayyim berkata dan dipersetujui oleh ‘Ali al-Qari: Semua hadith yang menyebutkan pujian ataupun celaan ke atas mereka adalah batil.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.