Segala puji bagi Allah yang memberikan saya makan roti khimir

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الحمد لله الذي أطعمني الخميروألبسني الحرير وزوجني خديجة وكنت لها عاشقا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Segala puji bagi Allah yang memberikan saya makan roti khimir, memakaikan saya dengan sutera, dan mengahwinkan saya dengan Khadijah. Sesungguhnya saya sangat merinduinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1086, hadis nombor 5523. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الزهري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الحمد لله الذي أطعمني الخمير وألبسني الحرير وزوجني خديجة وكنت لها عاشقًا. [ك، الضعيفة (6223)]

(Palsu) Daripada al-Zuhri, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Segala puji bagi Allah yang memberikan saya makan roti khimir, memakaikan saya dengan sutera, dan mengahwinkan saya dengan Khadijah. Sesungguhnya saya sangat merinduinya. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6223]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.