Pelajarilah al-Quran

TEKS BAHASA ARAB

تعلمه يعني القرآن فإنما مثل القرآن كجراب ملأته مسكا موضوعا كذلك مثل القرآن إذا قرأته وكان في صدرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pelajarilah al-Quran. Al-Quran ini seumpama bekas yang kamu isi dengan pewangi di seluruh sudut. Demikian juga al-Quran jika kamu membacanya, ia akan berada dalam dadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1086, hadis nombor 5522. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان رضي الله عنه، قال: بعث النبي صلى الله عليه وسلم وفدا إلى اليمن فأمر عليهم أميرا وهو أصغرهم. فمكث أياما لم يسر فلقي النبي صلى الله عليه وسلم رجلا منهم، فقال: يا فلان ما لك أما انطلقت؟ قال: يا رسول الله، أميرنا يشتكي رجله. فأتاه النبي صلى الله عليه وسلم ونفث عليه: باسم الله وبالله أعوذ بعزة الله وقدرته من شر ما فيها سبع مرات. فبرأ الرجل. فقال له شيخ: يا رسول الله أتؤمره علينا وهو أصغرنا؟ فذكر النبي صلى الله عليه وسلم قراءته للقرآن فقال الشيخ: لولا إني أخاف أن أتوسده فلا أقوم به لتعلمته. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تعلمْه فإنما مثل القرآن كجرابٍ ملأْتَهُ مسكًا موضوعًا كذلك مثل القرآن إذا قرأته وكان في صدرك. [طس، الضعيفة (6483)].

(Lemah) Daripada ‘Uthman RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW mengutuskan sebuah delegasi ke Yaman, Baginda melantik seorang ketua yang merupakan individu paling muda dalam pasukan tersebut. Namun sudah berlalu beberapa hari dia belum bertolak. Nabi SAW bertemu salah seorang ahli pasukan delegasi tersebut: Wahai fulan, mengapakah kamu belum bertolak. Lelaki tersebut menjawab: Wahai Rasulullah, ketua kami kakinya sakit. Nabi SAW bertemu dengan ketua pasukan dan meniup kepadanya bacaan: Dengan nama Allah, dengan bantuan Allah, saya memohon perlindungan dengan keagungan-Nya dan kemampuan-Nya jua, daripada kejahatan yang ada padanya (kaki) sebanyak tujuh kali. Maka ketua pasukan kembali sembuh. Seorang lelaki tua bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kamu melantiknya mengetuai kami padahal dia paling muda? Nabi SAW memberitahu bahawa lantikan itu berdasarkan bacaan al-Qurannya. Lelaki tua berkata: Kalaulah bukan kerana saya risau saya akan menjadi ketua, saya tidak akan mempelajari al-Quran. Maka Baginda bersabda, Pelajarilah al-Quran. Al-Quran ini seumpama bekas yang kamu isi dengan pewangi. Demikian juga al-Quran jika kamu membacanya, ia akan berada dalam dadanya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6483]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs