TEKS BAHASA ARAB
حديث: نعم العبد صهيب لو لم يخف الله لم يعصه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Sebaik-baik hamba adalah Suhaib, jika dia tidak takut kepada Allah sekalipun, dia tidak akan menderhakai-Nya.”
STATUS
Tiada asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 210, hadis nombor 665. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: نعم العَبْد صُهَيْب لَو لم يخف الله لم يَعْصِهِ. اشْتهر فِي كَلَام الْأُصُولِيِّينَ، والنحويين وأرباب الْمعَانِي، فبعضهم يرويهِ عَن عمر، وَبَعْضهمْ يرفعهُ وَلَا أصل لَهُ فِي كتب الحَدِيث، لَا مَرْفُوعا وَلَا مَوْقُوفا كَذَا ذكره السُّبْكِيّ والعراقي وَالزَّرْكَشِيّ وَغَيرهم.
Hadith: “Sebaik-baik hamba adalah Suhaib, jika dia tidak takut kepada Allah sekalipun, dia tidak akan menderhakai-Nya.”
Masyhur dalam ucapan ulama usuluddin, ulama nahu dan ulama ilmu Maani. Sesetengah mereka meriwayatkannya daripada Umar. Sesetengah yang lain menyandarkannya kepada Nabi SAW. Tiada asal baginya dalam kitab-kitab hadith secara marfu ataupun mauquf. Demikian dikatakan oleh al-Subki, al-‘Iraqi, al-Zarkasyi dan lain-lain.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.