Rasulullah SAW memandang ke arah Muawiyah dan Amr bin al-‘As

TEKS BAHASA ARAB

حديث: نظر رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى معاوية وعمرو بن العاص وقال أركسهما في الفتنة ركسا ودعهما إلى النار دعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Rasulullah SAW memandang ke arah Muawiyah dan Amr bin al-‘As sambil berkata: Campakkanlah mereka berdua kepada fitnah dengan benar-benar campakan, dan tolaklah mereka ke dalam neraka dengan benar-benar tolakan.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 210, hadis nombor 664. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: نظر رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم إِلَى مُعَاوِيَة وَعَمْرو بن الْعَاصِ وَقَالَ: اركسهما فِي الْفِتْنَة ركسا، ودعهما إِلَى النَّار دَعَا. كذب مَوْضُوع، كَمَا قَالَ ابْن الْقيم.

Hadith: “Rasulullah SAW memandang ke arah Muawiyah dan Amr bin al-‘As sambil berkata: Campakkanlah mereka berdua kepada fitnah dengan benar-benar campakan, dan tolaklah mereka ke dalam neraka dengan benar-benar tolakan.” Dusta dan palsu seperti pendapat Ibn al-Qayyim.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs