Sebagaimana tidak bermanfaat sesuatu jika disertai syirik

TEKS BAHASA ARAB

حديث: كما لا ينفع مع الشرك شيء، كذا لا يضر مع الإيمان شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sebagaimana tidak bermanfaat sesuatu jika disertai syirik, begitu juga tidak memudaratkan sesuatu jika disertai dengan iman.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 454, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن عمر بن الخطاب مرفوعا، وفي إسناده: المنذر بن زياد الطائي، وهو كذاب.قال في اللآلىء: له طريق أخرى عند أبي نعيم في الحلية، والطبراني.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Umar bin al-Khattab secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya ada al-Munzir bin Ziyad al-Ta’i, dia seorang pendusta.Dia berkata dalam al-Laali’: Baginya ada jalur yang lain di sisi Abu Nuaim dalam al-Hilyah dan al-Tabarani.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs