Satu kurun bersamaan dengan 30,000 tahun

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

{لابثين فيها أحقابا}. الحقب ‌الواحد: ثلاثون ألف سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

{Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya}. Satu kurun bersamaan dengan 30,000 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 675, hadis nombor 3475. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (({لابثين فيها أحقاباً}. الحقب ‌الواحد: ثلاثون ألف سنة)). [طب، ((الضعيفة)) (5382)]

(Palsu) Daripada Abū Umāmah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: {Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya}. Satu kurun bersamaan dengan 30,000 tahun. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5382]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.