Aku memasuki syurga dan aku mendengar suara di hadapanku

TEKS BAHASA ARAB

دخلت الجنة؛ فسمعت ‌فيها ‌خشفة بين يدي، فقلت: ما هذا؟ قال: بلال. قال: فمضيت؛ فإذا أكثر أهل الجنة فقراء المهاجرين وذراري المسلمين، ولم أر أحدا أقل من الأغنياء والنساء. قيل لي: أما الأغنياء؛ فهم ههنا بالباب يحاسبون ويمحصون. وأما النساء؛ فألهاهن الأحمران: الذهب والحرير. قال: ثم خرجنا من أحد أبواب الجنة الثمانية، فلما كنت عند الباب؛ أتيت بكفة فوضعت فيها، ووضعت أمتي في كفة؛ فرجحت بها، ثم أتي بأبي بكر رضي الله عنه، فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي في كفة فوضعوا، فرجح أبو بكر رضي الله عنه، وجيء بعمر فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي فوضعوا؛ فرجح عمر رضي الله عنه. وعرضت أمتي رجلا رجلا، فجعلوا يمرون، فاستبطأت عبد الرحمن بن عوف، ثم جاء بعد الإياس، فقلت: عبد الرحمن! فقال: بأبي وأمي يا رسول الله! والذي بعثك بالحق! ما خلصت إليك حتى ظنت أني لا أنظر إليك أبدا إلا بعد المشيبات! قال: وما ذاك؟ قال: من كثرة مالي؛ أحاسب وأمحص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku memasuki syurga dan aku mendengar suara di hadapanku, lalu aku berkata: Apakah ini? Dia berkata: Bilāl. Baginda berkata: Lalu aku terus berjalan lalu aku mendapati ramai ahli syurga adalah mereka yang fakir miskin dalam kalangan kaum Muhajirin dan zuriat orang Islam. Aku tidak mendapati seorang pun lebih sedikit daripada orang kaya dan wanita. Dikatakan kepadaku: Adapun orang-orang yang kaya, mereka di sini di pintu dihisab dan diperiksa. Manakala golongan wanita pula mereka diperdaya oleh dua benda merah iaitu: Emas dan sutera. Dia berkata: Kemudian kami keluar dari salah satu daripada lapan buah pintu syurga. Ketika aku berada di hadapan pintu itu, aku didatangkan dengan satu alat penimbang lalu aku diletakkan padanya, dan diletakkan umatku pada satu lagi penimbang, lalu aku yang menjadi lebih berat. Kemudian didatangkan Abū Bakar RA dan diletakkan pada satu penimbang, lalu didatangkan seluruh umatku dan diletakkan padanya, lalu Abū Bakar menjadi lebih berat. Didatangkan pula ‘Umar dan diletakkan pada satu penimbang, dan didatangkan seluruh umatku dan diletakkan padanya, lalu ‘Umar menjadi lebih berat. Dan didatangkan umatku seorang demi seorang, mereka pun berjalan. Lalu aku melihat ‘Abdul Raḥmān bin ‘Auf begitu lambat berjalan. Kemudian dia datang selepas kesedihan. Aku berkata: Wahai ‘Abdul Raḥmān! Lalu dia berkata! Dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah! Demi yang mengutuskanmu dengan kebenaran! Aku tidak sampai kepadamu sehingga aku menyangka aku tidak lagi akan melihat kepadamu sampai bila-bila! Dia berkata: Apakah itu? Dia berkata: Kerana banyaknya hartaku, aku dihisab dan diperiksa.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 675, hadis nombor 3476. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((دخلت الجنة؛ فسمعت ‌فيها ‌خشفة بين يدي، فقلت: ما هذا؟ قال: بلال. قال: فمضيت؛ فإذا أكثر أهل الجنة فقراء المهاجرين وذراري المسلمين، ولم أر أحداً أقل من الأغنياء والنساء. قيل لي: أما الأغنياء؛ فهم ههنا بالباب يحاسبون ويمحصون. وأما النساء؛ فألهاهن الأحمران: الذهب والحرير. قال: ثم خرجنا من أحد أبواب الجنة الثمانية، فلما كنت عند الباب؛ أتيت بكفة فوضعت فيها، ووضعت أمتي في كفة؛ فرجحت بها، ثم أتي بأبي بكر رضي الله عنه، فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي في كفة فوضعوا، فرجح أبو بكر رضي الله عنه، وجيء بعمر فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي فوضعوا؛ فرجح عمر رضي الله عنه. وعرضت أمتي رجلاً رجلاً، فجعلوا يمرون، فاستبطأت عبد الرحمن بن عوف، ثم جاء بعد الإياس، فقلت: عبد الرحمن! فقال: بأبي وأمي يا رسول الله! والذي بعثك بالحق! ما خلصت إليك حتى ظنت أني لا أنظر إليك أبداً إلا بعد المشيبات! قال: وما ذاك؟ قال: من كثرة مالي؛ أحاسب وأمحص)). [حم، ((الضعيفة)) (5346)]

(Sangat Munkar) Daripada Abū Umāmah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku memasuki syurga dan aku mendengar suara di hadapanku, lalu aku berkata: Apakah ini? Dia berkata: Bilāl. Baginda berkata: Lalu aku terus berjalan lalu aku mendapati ramai ahli syurga adalah mereka yang fakir miskin dalam kalangan kaum Muhajirin dan zuriat orang Islam. Aku tidak mendapati seorang pun lebih sedikit daripada orang kaya dan wanita. Dikatakan kepadaku: Adapun orang-orang yang kaya, mereka di sini di pintu dihisab dan diperiksa. Manakala golongan wanita pula mereka diperdaya oleh dua benda merah iaitu: Emas dan sutera. Dia berkata: Kemudian kami keluar dari salah satu daripada lapan buah pintu syurga. Ketika aku berada di hadapan pintu itu, aku didatangkan dengan satu alat penimbang lalu aku diletakkan padanya, dan diletakkan umatku pada satu lagi penimbang, lalu aku yang menjadi lebih berat. Kemudian didatangkan Abū Bakar RA dan diletakkan pada satu penimbang, lalu didatangkan seluruh umatku dan diletakkan padanya, lalu Abū Bakar menjadi lebih berat. Didatangkan pula ‘Umar dan diletakkan pada satu penimbang, dan didatangkan seluruh umatku dan diletakkan padanya, lalu ‘Umar menjadi lebih berat. Dan didatangkan umatku seorang demi seorang, mereka pun berjalan. Lalu aku melihat ‘Abdul Raḥmān bin ‘Auf begitu lambat berjalan. Kemudian dia datang selepas kesedihan. Aku berkata: Wahai ‘Abdul Raḥmān! Lalu dia berkata! Dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah! Demi yang mengutuskanmu dengan kebenaran! Aku tidak sampai kepadamu sehingga aku menyangka aku tidak lagi akan melihat kepadamu sampai bila-bila! Dia berkata: Apakah itu? Dia berkata: Kerana banyaknya hartaku, aku dihisab dan diperiksa. [Riwayat Aḥmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5346]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs